Selamat Datang Ke Diary Fizan
forum perniagaan peniaga online ~macam2 ada..jom daftar!

Dapatkan Kit Aneka 41 Peten Langsir Sekarang!
Tempahan Sulaman Riben bersambung selepas raya.
  • Pages

  • Categories

  • Recent Posts

  • Recent Comments


  • Siapa melawat?


    www.flickr.com
    This is a Flickr badge showing public photos and videos from fizan's. Make your own badge here.

    Apa Popular Di sini?





    Bawal Akhbar sulam tangan

    By fizan | August 29, 2008

    Topics: Tudung Bawal Sulam Tangan | 2 Comments »

    Kit Jahitan Langsir Telah Habis!

    By fizan | August 28, 2008

    Makluman kepada kawan-kawan semua…stok Kit Jahitan Langsir telah habis. Tidak pasti bila lagi akan saya repeat order. Sekiranya ada yang mahu Kit ini, anda boleh buat tempahan dan berikan deposit RM50 sebagai pendahuluan. Akan saya cuba dapatkan stok terbaru..

    Nama:

    Alamat lengkap:

    No.Telefon untuk dihubungi:

    Bayaran Deposit:

     

    Terima kasih kepada pembeli kit ini. Lepas ni boleh la share hasil tangan anda…

     

    Selamat Maju jaya kepada mereka yang mahu jadikan bidang jahitan sebagai kerjaya.

     

     

    Fizan.

    Topics: Kit Jahitan 41 Peten Langsir | No Comments »

    kesempatan hp case sebelum berpindah rumah

    By fizan | August 21, 2008

    Hp case ini sempat saya siapkan sebelum berpindah rumah baru. Minta maaf kepada tuan punye hpcase serta beg yang belum sempat saya siapkan..sekarang memang sibuk sangat dengan pelbagai majlis yang kami adakan sempena masuk rumah baru… Kebetulan juga saudara mara datang melawat sambil meninjau rumah baru kami (cuti sekolah juga).

    Kepada yang menempah, kalau nak kensel pun tak apa..kerana saya rasa selepas raya baru saya akan mulai menyambung kerja menyulam dan menjahit kerana barang pun masih dalam kotak. Banyak perkara belum selesai (mengemas rumah). Kepada yang masih sabar menanti, jutaan terima kasih kepada kalian yang memahami.

    Topics: Hanphone Case RE | No Comments »

    Travel Bag

    By fizan | August 3, 2008

    Bag kali ini saya buat daripada fabrik linen yang mahal harganya.Lapik di dalam menggunakan fabrik 100% cotton dengan dilapisi pelapik (jahitan rombus) dan pelapik bag. Kemasan sulam riben serta bertangkai. Di dalam terdapat tempat simpanan telefon bimbit beserta tempat nota/purse kecil. Di tepi bag saya letak butang beg supaya beg nampak lebih kemas.

    Saiz: Besar (boleh memuatkan beberapa buku,telekung sembahyang dan alatan make-up)

    Harga: RM80.00 tidak termasuk kos pos (+RM5)

    Topics: Koleksi Beg | No Comments »

    Langsir rumah baru…

    By fizan | August 1, 2008

    Walaupun tak cantik macam jahitan tailor, tapi agak puas hati kerana berjaya membuat langsir sendiri dengan kiraan dan ukuran yang betul dan tepat hanya merujuk Kit Jahitan 41 peten langsir ni.

    Nak tak nak, kena juga siapkan langsir ni kalau boleh sebelum puasa dah duduk rumah baru. Barang semua dah bawa (tinggal barang jahitan saja lagi). Nak menempah rasa tidak berbaloi (bajet tak ada sebenarnya), lagi pun mesin jahit 2,3 ketui kat rumah ni kalau tak guna mau hangit telinga kena perli dgn cik abang kita…

    Baru siap kepala langsir yang seciput ini saja. Hiasan riben pun belum siap sepenuhnya…at least, anda dapat bayangkan betapa bagusnya kit ini. Yang lain, skill jahitan dan imiginasi saja yang perlu.

    Ini langsir saya. Jika dah siap semuanya, akan di pamerkan lagi…

    Sliding 

    Tingkap 3 panel, kepala langsir belum buat lagi..nanti saya pamerkan…(ini tanpa kepala langsir) 

     

    yang penting, kita dapat tahu bagaimana nak jahit scallop tu.Sebelum ini saya sendiri tak terfikir kena jahit begitu..dengan kiraan tertentu pada lipatannya….cara jahitan semua ada di dalam kit.

     

     

    Topics: Kit Jahitan 41 Peten Langsir, Koleksi Jahitanku yg Lain | No Comments »

    Hampir 80 uncang cenderamata ready to deliver!

    By fizan | July 30, 2008

    Uncang ini tempahan yang dilakukan hampir 3 bulan yang lalu.sedikit demi sedikit saya membuatnya.. Oleh itu saya amat berharap, jika anda berminat untuk menempah, pastikan majlis akan berlangsung bukan dalam masa terdekat. Sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum. Itupun bergantung kepada jumlah berapa unit yang diperlukan.

    Buat masa ini saya dah hold dulu tempahan, nak tumpu pada bulan Ramadhan dan tempahan yang belum siap.. Selepas raya akan bersambung semula.

    Hampir 35 unit adalah tempahan Puan Liana dari Sarawak. Akan saya pos dalam minggu depan sekiranya anda bersetuju untuk saya membuat penghantaran. Selebihnya adalah milik seseorang yang bakal melangsungkan perkahwinan selepas Aidilfitri tahun ini.Insya-Allah…tema bunga~ Pink Roses. NAmpaknya kena la saya mencari stok riben warna pink banyak2 ye…haha ada beberapa puluh lagi belum siap..Insya-Allah akan siap juga.

    HP case juga telah siap beberapa unit untuk arniza. Tinggal beg sahaja yang beliau tempah berona cream itu. NAnti saya maklumkan di PM sebaik siap.

    Topics: Uncang Cenderamata/String Pouch | No Comments »

    Kit Jahitan Langsir (41 peten langsir) yg anda tidak akan temui di pasaran!

    By fizan | July 30, 2008

    Lamanya saya tidak update di sini…tapi rasa macam selalu update..tapi di mana ya? mungkin di blog satu lagi….

    Diam bukan tidak membuat kerja, saban hari semakin sibuk dengan urusan berpindah. Sekarang tengah bertungkus lumus menyiapkan langsir kediaman sendiri. Terpaksa jahit sendiri sementelah lama berniat di dalam hati ingin merasai hasil jahitan tangan sendiri…. Alhamdulillah separuh telah siap…sakit2 badan ku….nanti bila dah lengkap, hasilnya akan di pamerkan di sini.

    me, tiada asas jahitan langsir langsung.. So far tidak menjadi masalah bila hanya merujuk panduan Kit Jahitan Langsir 41 peten aneka langsir. Saya membeli pelbagai buku rujukan jahitan langsir dari harga termurah sehingga mahal, namun tiada yang memuaskan hati…hanya sekadar gambar-gambar yang cantik, tetapi tiada formula yang tepat untuk di ambilkira untuk saya yang ZERO knowledge berkaitan dengan cara menjahit langsir yang betul - sebarang kelas pun tak pernah pergi! Akhirnya dengan kit ini semuanya mudah! Teknik mengambil ukuran, kiraan anggaran berapa meter langsir yang diperlukan…semua lengkap…tiada pembaziran langsung…semua dalam bajet. Ada seseorang kata kit ini tidak bagus? hu?? mengapa dia kata begitu? Pada hal saya yang tidak pernah menjahit langsir ini boleh memahami dengan mudah? Terdapat contoh pola ukuran langsir yang tepat lagi? Mana mungkin kita dapat semasa membeli buku di pasaran?

    Semasa memotong kain, saya ragu-ragu….jika tersilap ukuran dan anggaran, memang rugi besar…kain langsir ku yang tidaklah terlalu mahal, tetapi pada saya yang bajet pun hanya cukup makan (bajet dah lari ke barangan rumah lain…) memang satu pembaziran jika saya tersilap potong….alhamdulillah bila siap kepala langsir, suami memuji “cantik!” Malahan dia pun terperanjat kerana saya mampu menjahit peten itu (Saya buat peten Angsana Scallop). Bagi anda yang mahir mungkin beranggapan peten itu amat mudah.Tetapi bagi saya, ia rumit…saya mulai memotong kain dari pukul 9 malam dan hanya sudah siap menjahit utk sliding sahaja pada pukul 6 pagi!! betapa sukarnya untuk mendapatkan ukuran, lengkuk dan susunan yang betul. Nasib baik ada kit ini..bila sudah, saya ukur kembali lebarnya memang betul-betul ukuran rel sliding saya.

    Anda berminat? saya ada lagi 1 unit kit ini. Harga hanya RM180 (Semenanjung) dan RM185 (sabah/sarawak). Anda berjimat banyak dari hantar ke tailor. Ini saja stok yang tingal, selebihnya telah terjual di laman website saya. Jahit saja sendiri… anda akan berpuas hati. Percayalah!! ini pegalaman saya sendiri. Betapa berbunganya hati melihat hasil tangan tergantung cantik di kediaman kita. Sebenarnya dah lama nak promosi kepada peminat blog fizan ni berkaitan dgn kit ini, namun asik terlupa saja…so, jgn lepaskan peluang ini..ikhlas saya kata, kit ini memang amat berbaloi…

    Kit ini terdapat:

    -41 peten langsir

    -4 pelan (pola) langsir ~kuran sebenar tau…bukan pola atas kertas A4, tetapi atas kertas kajang (entah la, kertas paling besar dan tebal)

    - Scallop, aneka tabs, aneka blinds

    - yang paling best gambar lengkap langkah demi langkah jahitan beserta arahan dan teknik mengambil kiraan yang tepat.

    cepat, dapatkan sekarang..tinggal 1 unit saja lagi…… terus saja telefon saya di talian 013-3477376 masih tidak terlambat anda menjahit sendiri untuk persediaan hari lebaran anda!

    Topics: Kit Jahitan 41 Peten Langsir, Koleksi Jahitanku yg Lain | 3 Comments »

    kemasan rambut

    By fizan | July 19, 2008

    Untuk anak dara ku Aleeya Sofea Nazira pakai ke sekolahnya… ;)

    Hanya folded riben membentuk bunga rose dan lekat menggunakan gam.

    Topics: Koleksi Sulaman Riben | No Comments »

    hampir siap - string pouch

    By fizan | July 18, 2008

    gambar sepenuhnya adalah hasil tangan fizanstore.com sila dapatkan kebenaran sebelum menyimpa atau menyalin.

     

    String pouch hampir siap sepenuhnya….ada banyak lagi, tapi ini pilih warna bunga yg berbeza…Dalam minggu depan dah boleh pos memandangkan majlis akan berlangsung dalam bulan 8.

    ————————————-

    Iklan:

    Jom melawat peniagaonline

    terdapat pelbagai shopping online kawan-kawan kita yang lain…boleh buat persediaan raya yang bakal menjelang…Sila daftar sebagai ahli. Kehadiran anda amat saya hargai.

    Topics: Uncang Cenderamata/String Pouch | No Comments »

    Special Made For Baby Girl!

    By fizan | July 17, 2008

    Diapers bag ini aku siapkan untuk persediaan cute baby girl yang akan dihantar ke nursery selepas mamanya masuk kerja nanti. Beserta handphone case, telah selamat di pos ke alamat yang diberi setelah hampir berbulan lamanya si mama menanti..

    *tinggal multipurpose saja lagi tak sempat siap….

    disamping itu, aku tetap bertungkus lumus menyiapkan string pouch tempahan liana.Tinggal beberapa unit lagi dan hp case tempahan aniza. Akan aku maklumkan kepada kalian setelah siap semuanya.

    *lepas ni turn kak yan dan kak seha (online order) & kak Sham dan atie (offline)

    Topics: Koleksi Beg | No Comments »

    sibuk sangat..

    By fizan | July 11, 2008

    Beberapa hari tidak update…bukan tidak membuat kerja,cuma aku amat sibuk…terlalu sibuk sehingga tengok gambar pun jadi pening…. ada beberapa tempahan telah di pos….

    Kepada yang menempah, harap bersabar menanti…aku akan berpindah ke rumah baru tidak lama lagi..banyak perkara perlu di uruskan…banyak benda perlu di selesaikan.langsir pun belum berjahit..barang pun belum packing…. Jika ada yang mahu kensel, sila maklumkan kepada saya melalui telefon atau terus saja e-mail. Tidak ada perasaan kecil hati kerana sememangnya berpindah ini tidak dijangka..tidak sangka mendapat kunci rumah awal….namun kerja tetap diteruskan…kepada yang masih mahu menempah dan sanggup menanti, jutaan terima kasih kepada kalian!! Ada banyak juga tempahan offline yang belum saya selesaikan utk kak sham, atie kedah..maaf ya..akan saya siapkan secepatnya jika semua selesai…

    Sepanjang minggu lepas dapat siapkan hampir 15 hp case (top seller!!) dah beberapa tempahan arneeza termasuk hp case yang beliau request saiznya.. ada beberapa lagi belum berjahit, jarum patah dan belum sempat singgah kedai pun..grrr

    Ini produk minggu lepas, hand carry Liea. Hp case cik deeyan pun tak sempat nak snap….tapi dia pun kata dah selamat sampi pagi ini…terima kasih ols..

    Topics: Koleksi Beg | No Comments »

    Kerjaku di masa terluang hari ini

    By fizan | July 5, 2008

    belum siap sepenuhnya lagi….

    Topics: Koleksi Sulaman Riben | No Comments »

    Tempahan kyriena

    By fizan | July 2, 2008

    Sling Bag

    [quote=”kyriena”][fizan ~ mmg dh smpai tghari td. lawa sgt2, I luv it very much. my friends tgk kagum seh. esok dh blh pakai bw gi keje. saya beli yea, tq again… :wink:[/quote]

     

     

    hakcipta terpelihara: fizanstore.com

     

    Sila dapatkan kebenaran terlebih dahulu sama ada ingin menyimpan, menyalin atau mahu menghantar gambar ini kepada rakan mahupun simpanan peribadi anda.

    Topics: Hanphone Case RE, Koleksi Beg | 2 Comments »

    Sling Case Pink & pale violet red

    By fizan | June 30, 2008

    Ini tempahan pelanggan, kalau anda berminat boleh beri nama,alamat dan no.untuk di hubungi untuk rekod.
    Handphone Case with 2 zip- hanya ada di fizanstore sahaja


    RM30 belum masuk kos pos

    ++ ukuran besar 8 inci x 6 1/2 inci

    ++ bertali sling (sila berikan ukuran bahu-pinggul anda!)

    ++ kemasan sulaman riben

    ++ lapik fiber di dalam

    ++ inner

    ++ 2 ruangan dengan 2 zip

    Ciri-ciri istimewa:

    {++} 1) compartment wang/note book atau apa sahaja (besar juga ni..)

    {++} 2) 3 unit tempat meletak pen

    {++} 3) tempat simpanan telefon bimbit dengan tali keselamatan

    {++} 4) ruangan belakang berzip tempat simpanan kredit kad/IC/wang kertas atau syiling

    {++} 5) berzip tepi

    {++} 6) ruangan tengah di dalam boleh memuatkan purse!

    Topics: sling case | No Comments »

    Sulaman yang telah siap last weekend

    By fizan | June 30, 2008

    Happy viewing.. macam biasa aku snap lagi mana yang sempat di sulam last week.. agenda agak sibuk dengan kerjarumah, anak-anak dan kesihatan yang kadang2 tak berapa mengizinkan.. lepas ni sebelum puasa aku mesti kena siapkan smocking dress untuk anak dara aku nan 3 orang itu…. sudah besar panjang, tidak cantik la kalau pakai seluar panjang di hari raya…baju kurung dah beli siap kain pasang..belum potong lagi….nampaknya memang kena berhenti seketika menyulam di bulan puasa…

    hu, kepada yang skodeng tu rajin2 sikit memberi salam ye… hehe *nampak tu dok intai-intai….

    Topics: Koleksi Sulaman Riben | No Comments »

    Grey Sweater for Aleeya

    By fizan | June 29, 2008

    Sweater Aleeya

    Teknik: Crochet

    Kaitan yang diguna: Double crochet, crochet, single crochet, ss

    Benang: Benang brand Nona

    Jarum: 4mm

    Saiz: 4-5 tahun

    bahagian tangan yang belum bersambung

     

    siap di jahit sebelah

     

    jarak dekat

     

    Siap sepenuhnya bersama kemasan di leher, tangan dan bawah sweater

     

    gantung di luar rumah

     

    kemasan leher

    Topics: Koleksi Mengait Jarum Satu (crochet) | 2 Comments »

    Heart Shape for your scissors

    By fizan | June 25, 2008

     

    Gunting kecil selalu hilang bila terjatuh. Selalu terselit di bawah sofa.. Pening nak mencarinya. Idea supaya tidak lagi hilang dan tidak ditemui, buatlah satu bantal kecil berbentuk hati. Letakkan fiber di dalamnya supaya gemuk. Alternatif lain untuk anda cucuk jarum juga. Mudah kan?

     

     

    Topics: Do It - (DIY), Koleksi Jahitanku yg Lain | No Comments »

    new Design of Ribbon Embroidery Sling Case

    By fizan | June 23, 2008

    SLING CASE

    HARGA: RM30 (tidak termasuk kos pos)

     

    ++ ukuran besar 8 inci x 6 1/2 inci

    ++ material linen yang mahal tu okies….

    ++ bertali sling (sila berikan ukuran bahu-pinggul anda!)

    ++ kemasan sulaman riben

    ++ lapik fiber di dalam

    ++ inner

    ++ 2 ruangan dengan 2 zip

    Ciri-ciri istimewa:

    {++} 1) compartment wang/note book atau apa sahaja (besar juga ni..)

    {++} 2) 3 unit tempat meletak pen

    {++} 3) tempat simpanan telefon bimbit dengan tali keselamatan

    {++} 4) ruangan belakang berzip tempat simpanan kredit kad/IC/wang kertas atau syiling

    {++} 5) berzip tepi

    {++} 6) ruangan tengah di dalam boleh memuatkan purse!

     

     

    {HANYA TERDAPAT DI FIZANSTORE SAHAJA. TIADA DI PASARAN. SPECIAL HANDMADE FOR YOU…}

     

     

    testimoni pelanggan:

    AyzaGursoy: Salam Dear Fizan, 12.30 tgh tadi beg dah sampai.. Cantiknya hasil kerja Fizan. Thanks ya! Saya beli tau. Terima kasih Fizan.

    Topics: sling case | No Comments »

    3 handphone case di hujung minggu 21.6.2008

    By fizan | June 21, 2008

    ciri-ciri:

    ++Mempunyai 2 compartment di dalam {satu case untuk hp, satu lagi case boleh dimuatkan wang kertas, IC atau kad kreadit}

    ++zip dari tepi

    ++bertali pada zip memudahkan membuka

    ++Lapik di dalam mengelakkan hp tercalar

    ++kemasan sulaman riben dan sulam tangan

    tukang sulam, tukang jahit, tukang jual :D :

    fizan.

    Yang oren tu baru letak dah kena rembat…terima kasih orang Seberang Prai…hehe

    ——————–

    Salams Fizan…

    Dah terima kantung hp itu. cantik nian, suka bangatt… :)
    tqvm

    Topics: Hanphone Case RE | 6 Comments »

    update string pouch!

    By fizan | June 21, 2008

    Separuh telah siap untuk tempahan x-boss aku dulu…separuh lagi ada sikit utk forumer satu forum itu utk majlis akikah anaknya nanti….

    Topics: Uncang Cenderamata/String Pouch | No Comments »

    « Previous Entries