
Sentuhan Kaseh di abadikan kepada baju anak bongsu saya.. gabungan bunga teratai dan taburan sakura menaikkan warna gelap baju ini. Nampaknya anak saya suka untuk memakai baju kurung, lega rasanya hati….

Ini pula sentuhan Kaseh untuk anak ke-2 Zulaika Ardini. Bunga yang sama cuma warna labuci dan manik saja di tukarkan…


Jahitan manik baju sendiri peten simple saja…ahaha… di fikir semula, fabrik jenis sifon.. saya malas betul nak letak lining pada baju. Jadi saya akan pakai inner saja… Mulanya saya bercadang tidak mahu letak manik atau labuci…jari pula sakit akibat mengupas berlian tampal yang ada pada baju supaya mudah menjahit/jahit tepi agar jarum tidak patah…bila telah siap, alahai…kosong la pula…jadi, semalam…dari selepas bersahur hingga lewat petang menjahit manik ini. Cadang hendak membuat double layer…vouge pula nanti beraya di rumah mertua…so, satu layer saja lah….
Seperti ada kurang lagi tu…nanti akan di tambah jahitan manik bunga sekitar jahitan manik yang ada….ahaks.. bling! bling!
Selepas di tambah sedikit bunga bungaan…. (update: 16.9.2009)





Blouse hitam milik kak Wan saya siapkan sudah minggu lepas lagi. Sulaman labuci berwarna hitam di padankan dengan manik hitam, kelabu dan purple gelap sebagai penyeri.
Terima kasih kepada tuan baju kurung dan blouse ini kerana sudi menghantar baju kepada saya.



Minta maaf ye Kak Wan…Lambat sikit nak siapnyer…mana tak, satu persatu manik dan labuci hendak di jahit… Ada lagi sepasang blouse Kak Wan belum disudahkan..saya jangka sebelum puasa akan siaplah…Insya-Allah.
Jahitan manik dan labuci ini saya namakan AoraBeads… Gabungan pelbagai jahitan manik dah labuci saya abadikan di atas baju kurung pink ini… seperti permintaan beliau mahukan jahitan yang padat, penuh labuci dan manik-manik serta ada juntaian-juntaian…. Inilah hasilnya…
Harap Kak Wan suka… tunggu baju blouse tu pula untuk diperagakan…..
Bawal akbar ini bersulam benang simple saja. Antara yang telah saya siapkan untuk Rosmawati.


Untuk tudung biru seperti entry bertarikh N3 1.5.09 terpaksa buat semula..uwaaaaaaa dah nak siap pun di jahit manik, nampaknya anak saya bakal mewarisi bakat ibunya…..dia telah ‘tolong’ jahit sama semasa saya tinggalkan sekejap bilik jahitan untuk mengutip kain….huhuhu hampir pitam!! Nanti saya SMS lagi ya Rosmawati sebaik siap semuanya…Terima kasih kerana sudi menanti.
P/S: Baju sulam benang yg ada pada saya akan saya start menyulam sebaik semua tudung yang ditempah siap….harap maklum. Insya-Allah semua baju anda akan siap sebelum RAYA!.
NEXT sulam tudung: Nursyahirah.


Aha, tudung bawal akbar milik Rosmawati antara 4 helai yang saya paparkan hari ini. Saya sudahkan lewat petang tadi..bersulam benang dan dihiasi jahitan manik. Sulam benang kali ini simple saja seperti permintaan beliau. Ada lagi 3 helai (2 telah siap, belum jahit manik lagi) dan sehelai lagi akan disudahkan segera.Simple pun, bunganya banyak juga…namun pada pandangan saya, sesuai untuk dipakai oleh Ibu/Mertua Rosmawati nanti….
Insya-Allah selepas ini giliran Nusyahirah.