Subscribe to Sew Addict!~by fizan Subscribe to Sew Addict!~by fizan's comments

Archive for the ‘Langsir’ category

Sepanjang dua hari ni saya siapkan juga menjahit langsir untuk di gantung dalam bilik.

Alunan ombak tu tidak berapa nampak kerana angin kuat sungguh bertiup dari luar…Saya menjahit kali ini menggunakan mesin highspeed saya tu. Hampir setahun tidak berusik. Semenjak kehadiran Janome (epal) tu, memang dah tak guna mesin tu…nampaknya mesin ni masih berguna…untuk jahit-jahit berskala besar…tp lurus ajer lah…nampaknya tidak sia-sia jahit langsir guna mesin ni…senang dan cepat je.. Last guna dulu, JUKI saya tu seakan merajuk…jahitan jadi tidak kemas dan ’sakit mata’ saya melihatnya….agaknya terhentak semasa pekerja suami saya turunkan dari lori semasa pindah hari tu kut, jahitan kali ini dah ok…sukanya saya!!~ cuma kena tambah minyak saja!

Walaupun tak cantik macam jahitan tailor, tapi agak puas hati kerana berjaya membuat langsir sendiri.

Nak tak nak, kena juga siapkan langsir ni kalau boleh sebelum puasa dah duduk rumah baru. Barang semua dah bawa (tinggal barang jahitan saja lagi). Nak menempah rasa tidak berbaloi (bajet tak ada sebenarnya), lagi pun mesin jahit 2,3 ketui kat rumah ni kalau tak guna mau hangit telinga kena perli dgn cik abang kita…

Baru siap kepala langsir yang seciput ini saja. Hiasan ribennya pun belum siap sepenuhnya..

Ini langsir saya. Jika dah siap semuanya, akan di pamerkan lagi…

Sliding

Tingkap 3 panel, kepala langsir belum buat lagi..nanti saya pamerkan…(ini tanpa kepala langsir)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin