Subscribe to Sew Addict!~by fizan Subscribe to Sew Addict!~by fizan's comments



[Iklankan produk anda di Sew Addict! Klik Sini!]

my daughter with her own beanie

my daughter with her own beanie

Selalu buatkan beanie tempahan pelanggan saja. Minggu lepas saya siapkan beanie untuk Zulaika Ardini Nazira (beanie oren) dan hat Izzaty Qasreena Nazira (hitam).

Beanie oren tersebut saya menggunakan benang jumbo Minlon yang hanya satu dan terakhir yang ada di Kota Bharu. Kedai lain memang confirm tak jumpa dah. Pemilik kedai tersebut kata, itu stok dah lama dan tak akan order lagi kerana tak ada sambutan… kesian…. Oren pun oren lah…saya beli juga walaupun warnanya sudah kusam dan kotor..dapat half price!. Sekeliling beanie saya letak bunga-bunga…

Hat Izzaty saya buatkan seakan ada awining didepannya seperti tempaha pelanggan sebelum ini… Sesuai dipakai untuk lelaki mahupun perempuan. Jika sudah perempuan, pastinya saya akan letak bunga di sisi hat…

Untuk Aleeya Sofea Nazira, saya hanya tambah bunga sahaja. Jika sebelum ini kosong saja… mudah je tu.


Leave a Reply

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin