| « Hari Kedua Fizan Bersama JM5 | Bagaimana Kuruskan Badan Dengan Cepat & Berkesan Dengan JM5 » |
Hari Pertama Fizan.
Berat badan saya semasa belum berkahwin adalah 47kg. Tinggi saya 159cm. Agak kurus juga waktu ini kerana 'catuan' makanan ketika study di UPM...hehe rindunya zaman ni....ringan je kan badan....
Semasa mengandungkan anak sulung, berat badan hanya naik 10 kg. Ia normal bagi ibu mengandung. Setelah bersalin,berat badan turun dengan cepat mungkin dari faktor pemakanan dalam pantang yang berpantang itu dan ini. Serba serbi tidak boleh makan. Dari berat 59kg ketika mengandung turun hingga 50kg. Saya tidak kisah sangat dengan 50kg ini kerana waktu study dulu kawan-kawan pun pernah ejek saya terlalu kurus sampai punggung pun tak seksi...hikhik.
Mengandungkan anak kedua sehingga bersalin, berat badan saya adalah 52kg dan kekal sehingga tahun 2006. Kalau naik pun antara 53kg tidak pernah mencecah hingga 55kg. Cuma kadang-kadang pipi nampak chubby mungkin terlebey tido suda.....hu....
Semasa mengandungkan anak ke-3 tahun 2006 pertambahan berat badan adalah normal dan saya tidak kisah makan apa pun makanan.... Selepas bersalin, berat badan berjaya di turunkan ke paras normal (normal bagi saya). Mungkin kerana Izzaty waktu ini bf, jadi penambahan berat badan saya tidak rasa. Malahan kawan-kawan pun kata saya mentain.
Sehingga pada tahun 2008, saya berpindah ke rumah baru. Menjadi hobi memasak dan makan bila terjebak dengan blog kawan-kawan yang sentiasa berkongsi resepi makanan yang sedap. Makan di waktu malam pun antara faktor penyumbang peningkatan berat badan yang ketara...itu belum termasuk selepas makan, saya tido! Sampai suatu hari, saya perasan...bila duduk, bahu saya terasa tinggi...tinggi kerana berlemak. Dagu pun sudah dua lapis...ada sesetengah baju sudah ketat...peha,lengan dan perut sudah berlipat kali ganda...aduih, tidak boleh jadi ni...Tindakan segera perlu diambil!!
Saya pernah ambil produk SIY. Memang berkesan...berat saya turun 3kg daripada 59kg. Tetapi rasanya saya jenis tidak berdisiplin....hehe kena minum 2 botol sehari. Macam tak rajin je...kerana, kadang-kadang saya terlupa juga akibar sibuk menjahit dan menyulam. Buat masa ini kekal berat saya 56kg. Apa yang saya inginkan berat 50-52kg dan badan mau ringan.... sekarang badan sudah rasa berat..nak bangun pun malas..apa lagi nak naik turun tangga.....kira, saya bukan obesiti, cuma mahu dapatkan badan yang ringan...
Dah lama saya ikuti testimoni JM5. Mungkin tertarik dengan perisa dan kaedah makan yang senang, saya mencubanya....Insya-Allah kalau berjaya saya akan war-warkan kepada kawan-kawan... tak susah pada saya..yang penting, kurangkan kalori....
Bungkusan belian online telah sampai semalam 10/11/09. Terus saya ambil sepeket untuk makan waktu malam.Kes tak sabor sebenonye...yang penting, saya mahu rasa...sedap ke tak...... WOW!! i loike!!! sedap tau.....kocak guna bekas air anak saya bawa pergi sekolah je...taruk ais batu....perh...rasanya macam ice blended oren.... SEDAP! --- Kenyang sampai malam! Tak ada lagi masalah kelaparan di waktu malam.....yes!!!
Saya dah ukur berat ideal. Berat badan saya TEPAT (18.5 - 24.9 Berat Badan Tepat). Tetapi apa yang saya mahu dapatkan adalah antara 18.5-20. Baru sedap sket badan berjalan....tak gitu....
KIRAAN UKUR LILIT BADAN HUDUH HARI PERTAMA:
- LENGAN = 10 1/2 INCI
- PINGGANG/PERUT = 34"
- PEHA = 21"
- BERAT = 56KG


Komen Terkini