Langsing Sihat Terbukti Berkesan
« Jadilah pengguna bijak. Pilih tuala wanita yang mampu mencegah penyakit luar dan dalam!Testimoni Pengguna JM5 »

Tuala Wanita Jejas Kesuburan

Permalink 12/23/09 23:47, by fizan, Categories: Pad Herba Avail Beauty, Artikel Bahaya Pad Biasa

MUNGKIN ada di kalangan anda yang masih mengingati kes ratusan tampon yang dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome (TSS) sekitar awal tahun 80-an. Sejak daripada itu amaran telah diedarkan dalam setiap kotak tampon dan produk keselamatan haid.

Bagaimana sehingga ke hari ini toksin masih wujud dalam tampon dan tuala wanita, termasuklah dioksin dan pestisid yang boleh menimbulkan kesan jangka masa panjang kepada kesihatan wanita. Kebanyakan tuala wanita diperbuat dan dilunturkan dengan sebatian klorin yang mengandungi sisa organoklorin dan karsinogen yang diketahui, dioksin.

Agensi Pelindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA) telah menamakan dioksin sebagai karsinogen paling berbahaya yang diketahui oleh sains. Kajian EPA pada 1996 pernah mengaitkan pendedahan dioksin dengan peningkatan risiko bagi endometriosis (jangkitan pada lapisan uterus)

Bukan itu sahaja mereka yang mengalami pendedahan tinggi terhadap dioksin mungkin berisiko menanggung kesan jangka panjang seperti kelemahan sistem imun, penyakit radang pelvik, mengurangkan kesuburan dan mengganggu perkembangan janin.

Dalam ujian di luar negara, tuala wanita didapati mengandungi 400 bahagian per trilion (bpt) dioksin. Biarpun paras tersebut terlalu rendah untuk menimbulkan sebarang masalah kesihatan kajian menunjukkan dioksin boleh berpindah dengan mudah daripada produk kertas.

Secara purata wanita menggunakan kira-kira 15 ribu tuala wanita sepanjang hayatnya. Kesan pendedahan berterusan kepada dioksin yang selamanya tersimpan di dalam sel lemak boleh berkumpul dan membawa maut.

Untuk membuat tuala wanita gentian pulpa kayu direndam di dalam air. Kebanyakan bahan kimia dan pewarna yang diperlukan dimasukkan pada peringkat ini. Pulpa itu kemudiannya digeser dan diberus serta dimasukkan dengan udara untuk menggebukannya.

Sesetengah tuala wanita mengandungi rayon tambahan yang juga berasal daripada kayu untuk penyerapan tambahan. Serat di dalam kayu dilarutkan dalam larutan kaustik, dipancut ke dalam jet halus di dalam air berasid (campuran kemudian membeku dan mengering menjadi gentian lebih panjang)

Bahan penambah juga digunakan untuk menambah sifat tuala wanita termasuk agen penyerap dan tahan basah iaitu polysorbate dan formaldehid, yang sering kali digunakan.

Rujukan: Info Pengguna - Harmoni.

1 comment »

1 comment

Comment from: siti aishah [Visitor]
Salam Pn, tuala wanita ni mmg bagus utk kesihatan.. saya pun dah pakai..mmg terbukti..Lain kali sy beli dr puan saja lah.
12/24/09 @ 16:14

Leave a comment


Your email address will not be revealed on this site.

Your URL will be displayed.
(Line breaks become <br />)
(Name, email & website)
(Allow users to contact you through a message form (your email will not be revealed.)

Anda Pelawat ke-

Bass Pro Shop

Yahoo Mesenger

ONLINE SUPPORT (mesej saya: AVAIL utk pengesahan)
Yahoo! ID: nopzan

(NO IKLAN) Khidmat Nasihat Pengunjung

Anda bila lagi? Dapatkan sekarang dan jadilah ahli kami dengan pembelian kekal 3 kotak JM5! Free Keahlian, FREE SHIPPING. Jadi ahli Pad Herba Beauty hanya serendah RM162 (6S+6M+6P),FREE SHIPPING.

Contents

Pengedar FC Bio Sanitary Pad Kami.

Yati,Georgtown

Linkblog

Follow Me

XML Feeds

Vote Us!

Portalniaga Online Store Ranking!

Rujukan Penghantaran

1) Rina Hasan
2) Snowdrop EN127098363MY
3) Siti Zalina EN127098329MY
4) Lyn78 EN127098261MY
5) Fatimaton EN127098289MY
6) Siti Norfadhilah EN127098108MY
7) Zuriati CD130060323MY
8) Hamizah EN127098085MY
9) Asikin Penang EN127098045MY
powered by b2evolution

©2010 by fizan

Contact | b2evo skin by Asevo | framework | vps hosting | François